28 March 2009

His Last Speech...

Prime Minister's Office of Malaysia

... Semangat kental yang tertanam di jiwa saya, menghindarkan saya dari bersifat derhaka kepada UMNO, menjauhkan saya dari bersifat gunting dalam lipatan kepada UMNO. UMNO tidak pernah saya hina; UMNO tidak pernah saya cerca; jauh sekali dari meninggalkannya meskipun saya tidak sepi melalui pengalaman pahit pernah dihina oleh segelintir ahli-ahli UMNO. Bahawa ujian kesetiaan adalah ketika kita menghadapi dugaan, ketika kita melalui era yang payah dan laluan yang susah, ketika kita tidak berjawatan, ketika kita tiada kedudukan. ...

... Namun kita juga wajib menyedari, bahawa kisah-kisah ceria tentang kejayaan – cerita-cerita kegemilangan UMNO, sejak akhir-akhir ini mulai muram. Keputusan pilihan raya umum kedua belas adalah satu peringatan cukup besar. Hari ini, apa yang UMNO lakukan mula dilihat tidak lagi betul, apa yang UMNO perkatakan tidak lagi dianggap benar. Malah UMNO, juga BARISAN NASIONAL dijadikan tempat meletakkan kesalahan atau dipersalahkan, dilabel sebagai punca kepada apa juga kepincangan dan kekecohan, serta sebagai pencetus kepada perbuatan salah moral dan salah laku meskipun berlaku di kalangan anggota parti-parti politik yang menentang UMNO.

Begitu mudah hidup menjadi anggota di dalam pakatan pembangkang; bagaikan mempunyai lesen besar, bebas melakukan apa juga perbuatan, bebas menggunakan lidah secara celupar, kerana setiap yang buruk dilonggokkan kesalahannya di atas bahu UMNO untuk memikul bebannya. Saya tidak mengatakan bahawa kesemua ahli UMNO adalah sejernih air di kolam syurga. Saya juga tidak riak untuk mendakwa bahawa setiap ahli UMNO adalah sebersih kain putih dan tidak mempunyai kelemahan. Namun ahli UMNO juga bukan kotak sampah untuk dilemparkan segala fitnah yang berpunca dari perbuatan tidak betul dan salah laku orang lain. Tidak munasabah bahawa ahli-ahli dan penyokong parti-parti politik yang menentang kita terdiri dari orang-orang yang bersih dari dosa, bebas dari kesilapan, tidak mungkin kesemua mereka berjiwa wali bersifat malaikat.

Namun UMNO kini menghadapi ujian kredibiliti yang cukup berat. Mengapakah kita dipersalahkan sampai ke tahap seburuk ini? Mengapakah kita dinilai bagaikan tidak langsung mempunyai kebaikan lagi? ...

----------

... I have held fast to an unflagging conviction that has prevented me from ever betraying UMNO and has led me to steer clear from those who seek to destroy it. I have never denigrated UMNO. I have never made offensive remarks about UMNO. And certainly, I have never deserted UMNO, even though there was a time when I was insulted by certain members of UMNO. Indeed, one’s loyalty is truly tested when the party is faced with grave challenges, during a time of difficulty and when one has no position or standing within the party. ...

...Nevertheless, we must also realise that of late, UMNO’s glory has dimmed. The results of the twelfth general elections are an important reminder. Today, everything that UMNO does is seen as wrong, everything that UMNO says is believed to be untrue. Indeed UMNO, as well as the BARISAN NASIONAL have become everyone’s favourite whipping boy, labelled as the cause of every defect and discordance, and blamed as the perpetrator of immoral behaviour and misconduct even when such actions are committed by those who are members of political parties opposed to UMNO.

How easy it is to be a member of the opposition pact; it is as if they have full licence to freely commit anything, free to utter the foulest words, for everything that is bad can be conveniently blamed on UMNO. I am not saying that all UMNO members are blameless or without weaknesses. But certainly, UMNO members should not be treated as garbage bins, merely to collect blame and slander that arise from the immoral behaviour and misconduct of others. It is not reasonable to believe that members and supporters of opposition parties are free from sin or flaws. Certainly they cannot all be saints.

Nonetheless, UMNO is facing a test of credibility. Why are we suffering this fate, blamed to this terrible extent? Why are we now seen to be completely without virtue? This situation has placed a heavy test of credibility unto UMNO. ...

No comments: